Friday, 1 February 2013


MASIN | Seekor ikan kering yang masin..dilukis berpandukan lukisan asal cikgu Fhaizal...menggunakan warna yang yang minimum tetapi kombinasi warna dan tona yang bersesuaian boleh menjadikan subjek menarik walau pun ikan masin cuma benda-benda biasa saja...Lukisn ini diborong oleh Pn Norma juga...


PISANG EMAS DIBAWA BELAJAR... Melukis dan mewarna dengan melihat subjek asal...water colour menggunakan teknik realisme...seboleh-boleh sebijik seperti objek asal..Lukisan dihasilkan dirumah sebagai homework kelas cikgu Fhaizal..

 MERAH MENYALA | Objek lain yang terpilih adalah sebijik cili...bagaimanapun finishing agak ke arah cili kering...sepatutnya se real-real seperti cili hidup...tak lah salah cuma markah agak kurang la...

UNGU | Objek berikutnya adalah sebijik terung...lukisan cat air sebegini amat menarik jika di display di ruang dapur..kesemua lukisan telah dibeli oleh Pn Norma semasa pameran Hari Kraf Kebangsaan, di Jalan Conlay K.Lumpur..

Thursday, 31 January 2013

RUMAH MATANG, PERAK..

Rumah ini dilukis berdasarkan foto asal hitam putih. Warna rumah diwarnakan berdasarkan cerita pemilik.


Tuesday, 22 January 2013

Mukadimah

Bila dan di mana ianya bermula...
Mula-mula aku jumpa buku Art and Painting Course di Ampang Point..terus timbul minat semacam membelek buku tu...Fikir punya fikir,,,ahh, beli aje la..setidak-tidak untuk aku buat art project mendeco rumah sendiri..

Akhirnya aku beli buku tersebut dan di sini lah segalanya bermula...




Monday, 21 January 2013

Saujana mata memandang...

NYAMAN | Permandangan tipikal di kawasan jelapang padi di sebelah utara ...kehijauan yang mendamaikan pasti menjemput rindu pada zaman kanak-kanak bermandi lumpur di bendang, menangkap ikan tatkala musim kering, bermain layang-layang selagi mak tak jemput pulang...oh alangkah indahnya,,,

Pesona Muara

Di dalam perjalanan ke Tanjung Dawai, hati tiba2 terpaut melihat bot2 kecil diparking di sebuah muara sungai..

Water Colour - Paka


PAKA | Dilukis dari foto asal tetapi diindahkan dengan susunan semula objek-objeknya ...Lukisan disiapkan dengan tunjuk ajar cikgu Fhaizal..