Rumah ini dilukis berdasarkan foto asal hitam putih. Warna rumah diwarnakan berdasarkan cerita pemilik.
Thursday, 31 January 2013
Tuesday, 22 January 2013
Mukadimah
Bila dan di mana ianya bermula...
Mula-mula aku jumpa buku Art and Painting Course di Ampang Point..terus timbul minat semacam membelek buku tu...Fikir punya fikir,,,ahh, beli aje la..setidak-tidak untuk aku buat art project mendeco rumah sendiri..
Akhirnya aku beli buku tersebut dan di sini lah segalanya bermula...
Mula-mula aku jumpa buku Art and Painting Course di Ampang Point..terus timbul minat semacam membelek buku tu...Fikir punya fikir,,,ahh, beli aje la..setidak-tidak untuk aku buat art project mendeco rumah sendiri..
Akhirnya aku beli buku tersebut dan di sini lah segalanya bermula...
Monday, 21 January 2013
Saujana mata memandang...
NYAMAN | Permandangan tipikal di kawasan jelapang padi di sebelah utara ...kehijauan yang mendamaikan pasti menjemput rindu pada zaman kanak-kanak bermandi lumpur di bendang, menangkap ikan tatkala musim kering, bermain layang-layang selagi mak tak jemput pulang...oh alangkah indahnya,,,
Pesona Muara
Di dalam perjalanan ke Tanjung Dawai, hati tiba2 terpaut melihat bot2 kecil diparking di sebuah muara sungai..
Water Colour - Paka
PAKA | Dilukis dari foto asal tetapi diindahkan dengan susunan semula objek-objeknya ...Lukisan disiapkan dengan tunjuk ajar cikgu Fhaizal..
Colour Pencil : Dudi and syahmi
COLOUR PENCIL : Semua orang rasanya pernah menggunakan pensil warna malah boleh dikatakan pensil warna sangat popular di alam persekolahan...tetapi pernahkah kita cuba explore apa yang mampu dijelmakan dari pensil warna..? cuba lah..kalau tak cuba mana nak tahu...tetapi agak penat sedikit sebab perlu kerap diasah kerana pensil warna mudah patah dan pensil perlu sentiasa tajam semasa melukis...percubaan pertama dan yang yang terakhir..barangkali...
Oil Painting : Gunung Kinabalu
KINABALU | Mendakinya memang satu cabaran...tetapi jangan diingat melukisnya tiada cabaran ....ini lukisan skala besar (huge painting ) tinggi 9 kaki dan lebar sekitar 16 kaki...Pada peringkat awal, saya hampir-hampir berputus asa malah rasa ingin memulangkan semula deposit yang telah dibayar..lukisan disiapkan dalam masa hampir 3 bulan...dan kini telah menghiasai ruang naik tangga sebuah rumah di Shah Alam...di sudut tangga malah dibawahnya dihiasi dengan water fountain...maka gabungan lukisan dengan lanskap buatan tersebut nampak begitu masuk...lukisan ini tidaklah hebat mana pun tetapi menyiapkannya dan deliver kepada pelanggan ...itu lah kepuasan sebenarnya...
Deburan Ombak
DEBURAN OMBAK | Adalah antara lukisan terawal ketika menceburi semula bidang lukis melukis ini...dilukis berdasarkan buku panduan melukis...menggunakan flat brush dan painting knife....kali pertama guna painting knife sebenarnya...saiz lukisan 24 x 36...lukisan ini telah dibeli oleh sebuah jabatan di Putrajaya..
Pointillism Portrait
TITIK DEMI TITIK ...Sehari sebatang jarum....lama-lama jadi lukisan...
Material : jarum peniti ( stainless steel pin )
Jumlah : 1000 pcs ( anggaran )
Bahan Latar : Rubber layer
Saiz : 24 x 32
Periuk Tanah(Belanga) Papua New Guinea
STILL LIFE : Drawing and sketching ...in art class conducted by Raja Azhar Idris ...di Bukit Antarabangsa, Ampang. Menurut beliau, belanga ini digunakan oleh penduduk Papua New Guinea bagi tujuan menyimpan makanan. Belanga akan diikat tali dan dibiarkan tergantung bagi mengelakkan makanan dicuri oleh makhluk perosak seperti tikus.
Lubang-lubang pada belanga memberi cabaran yang baik bagi memahami kesan tone dan lighting...Drawing disiapkan dalam masa 2 jam..
Naive stroke..
NAIVE STROKE | Percaya atau tidak...ini adalah lukisan potret pertama yang dihasilkan...sekitar 2003...potret anak ketiga, Nur Farhana dengan tandatangan 'Ayah Buat'...Setelah siap lukisan terus diframekan sebagai rekod kerja yang berjaya disiapkan...Ini bukan lukisan terbaik ( terburuk mungkin) tetapi di sini lah bermulanya titik-tolak rasa 'konfiden' untuk melukis dan terus melukis...ingat, asahan itu penting...
Outdoor Painting
TEKUN | Masing-masing sedang memberi tumpuan kepada subject matter
MINAT | Berkongsi minat yang sama, masing-masing sedang memberi tumpuan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
PENGHAYATAN | Sedang hanyut melayan dunia warna warni
Subscribe to:
Posts (Atom)